"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara itu (dakwaan isteri hamil). Sekarang saya mahu fokus pada k£s hadanah (hak penjagaan anak) sahaja."
Itulah kata pelakon Hafidz Roshdi dimana dia memilih mengunci mulut mengenai dakwaan isterinya, Athira Yuhada kini sedang hamil.
Ujar Hafidz, buat masa ini, dia hanya mahu berkongsi mengenai k£s tuntutan hak penjagaan ke atas dua anak hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Dalam pada itu, Hafidz berkata, selepas mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Athira pada 16 Disember 2023, sudah tentu sebagai suami dia mengharapkan kebahagiaan dan dikurniakan cahaya mata.
"Insya-Allah. Kalau ada rezeki Allah bagi, saya pasti teruja. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat saya," tuturnya yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012.
Sebelum ini, pada program Permata Seni Koir anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, baru-baru ini, perut Athira dilihat semakin membesar menandakan dia sedang hamil.
Klik untuk gambar besar
Malah, Athira yang ditemui media pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), pada Ogos tahun lalu turut enggan memberikan komen ketika ditanya berkenaan dakwaan tersebut.
Untuk makluman, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, sebelum bercerai pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 8 dan Umar, 5.
Kemudiannya, Hafidz berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam pada 15 Disember 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment