Semua sedia maklum mengenai dua selebriti yang baru-baru ini dipanggil Suruhanjaya Penc£gahan R@suah Malaysia (SPRM) untuk membantu sias@tan k£s syarikat perunding kewangan didakwa terbabit r@suah dan pengubahan wang har@m.
Berhubung itu, penyanyi Zamani mendedahkan dia pernah menolak tawaran untuk menjadi duta bagi sebuah syarikat tidak dikenali kerana rasa ragu, meskipun ditawarkan dengan bayaran lumayan.
Dalam masa sama, Zamani turut kasihan dengan artis yang tidak terbabit serta tidak tahu apa-apa, namun dipanggil untuk soal sias@t.
"Ada sahaja tawaran diterima, tapi saya dan pengurus berhati-hati. Misalnya, tawaran buat persembahan. Kami akan pastikan dahulu, jangan main ambil sahaja.
"Baru-baru ini, saya ada terima tawaran mengerjakan umrah, siapkan sediakan duit poket. Saya tahu syarikat berkenaan mahu saya tarik orang pergi, jadi sanggup taja dan beri duit poket. Macam luar biasa. Saya akui, ini peluang baik, tapi saya tolak.
"Saya berhati-hati kerana tak mahu terbabit dengan mas@lah. Kita nampak apa yang berlaku, jadi kasihan artis yang tidak terbabit.
"Artis tak sal@h dan tak tahu apa-apa, tapi tiba-tiba kena soal sias@t. Ia menj£jaskan nama. Ada beberapa rakan artis yang pernah terkena, jadi saya kasihan mereka jadi m@ngsa.
"Tak perlulah kita sias@t sampai ke akar umbi, tapi sedikit sebanyak kena ambil tahu. Sebabnya, penghujung kita juga akan ditarik jika timbul dakwaan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment