07 February 2025

KINI STABIL - ZAMARUL HISHAM DITUKARKAN KE ICU PUSAT PERUBATAN DI SUBANG JAYA



"Buat masa ni abang masih dalam ICU dan dalam keadaan stabil, doktor masih pantau abang supaya dapat rehat yang secukupnya sebelum dapatkan rawatan selanjutnya. Keep on Doa untuk Zamarul, moga terus sihat dan boleh berkarya lagi...

"Sedih sangat sebab tak pernah tengok dia s@kit, selama ni Zamarul seorang yang cergas, kuat, happy, rajin tak reti duduk diam... Semua benda dia nak buat sendiri.

"Tiba tengok abang kena macam ni, memang tak duga betul! Mestilah Diana p@nik kosong kejap jiwa! Memang dia terlalu penat sangat tu, tidur pun tak cukup...

"Sedih baca komen dan terharu dengan Rakyat Malaysia yang ambik berat sangat 😭 Allah je yang dapat bal@s jasa baik kalian semua... Ameen."

Itulah tulis isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 53, iaitu pelakon Diana Rafar, 42, dimana dia memaklumkan suaminya yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU) itu kini dalam keadaan stabil.

Selain itu, Diana turut memberitahu, Zamarul yang dimasukkan ke ICU di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi semalam akib@t s£sak nafas, kini sudah ditukarkan ke pusat perubatan di Subang Jaya hari ini.

Kata Diana Rafar, suaminya itu sudah dibawa dengan ambulans dari hospital Port Dickson untuk ditukarkan ke ICU di pusat perubatan di sini untuk memudahkan ahli keluarga terdekat menjaganya.

Klik untuk gambar besar

"Saya yang minta suami ditukarkan untuk memudahkan saya menjaganya sepanjang dirawat. Maklumlah, saya juga kelam kabut sekarang kerana tiada pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak. Jadi, bila suami ditukarkan berhampiran kediaman ia memudahkan saya untuk menjaganya di pusat perubatan berkenaan," jelasnya.

Dalam pada itu, Diana atau nama sebenarnya, Adiana Abdul Rafar, turut berkongsi, pada petang tadi, doktor melakukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengesan peny@kit suaminya itu.

"Doktor tengah beri ubat dos yang tinggi untuk suami berehat dan dirawat di ICU di sini. Saya jangka suami ada mas@lah jantung tetapi doktor masih belum dapat mengesahkannya lagi. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sama-sama mendoakan kesembuhan suami," tuturnya.

Sementara itu, penerbit Zeel Production, Fadzil Teh berkata, jika nak diikutkan Zamarul sudah selesai menjayakan babaknya dalam drama terbitan produksinya ketika mengalami s£sak nafas semalam.

"Pihak produksi juga memberikannya cuti s@kit untuk memastikannya mendapat rawatan selanjutnya di hospital. Zamarul akan menyambung tiga lagi baki babaknya bila dia sudah sembuh kemudian pada penghujung Februari nanti," ujarnya.

Sebelum ini, Diana menerusi media sosial miliknya telah berkongsi detik c£mas dimana Zamarul mengalami s£sak nafas di lokasi penggambaran dan dia sempat dibantu oleh beberapa kru sebelum ambulans tiba.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: