11 February 2025

"SAYA TAK TAHU KAT MANA (MAHKAMAH SYARIAH)" - KAMAL ADLI NAFI RUMAH TANGGA BERSAMA UQASHA SENROSE BERG0LAK



Baru-baru ini, ada pihak mendakwa melihat kehadiran pelakon Kamal Adli dan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose di mahkamah syariah kerana berlaku perg0lakan dalam rumah tangga.

Berhubung dakwaan itu, Kamal berkata, perkara itu mustahil dan dia sebagai lelaki, akan ke hadapan sekiranya sesuatu berlaku kepada rumah tangganya.

"Mahkamah Syariah pun, saya tak tahu kat mana. Doakan yang terbaik. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu. Kalau ada apa berlaku pun, sebelum berlaku, saya sebagai lelaki akan ke depan.

"Saya biarkan perempuan saya buat benda itu semua. Insya-Allah, saya sayang anak, isteri dan keluarga saya," jelasnya yang turut berkata, dakwaan mengenai perg0lakan dalam rumah tangganya muncul kerana beberapa sebab antaranya, 'v1rus' perceraian dalam kalangan selebriti dan kurang memuat naik gambar bersama.

Klik untuk gambar besar

"Itu kami terj£bak dengan 'v1rus' yang keluar sebelum ini, yang mana banyak kawan-kawan yang ada mas@lah (rumah tangga) itu dan orang cakap, 'oh, mereka pun begini juga'.

"Jadi, benda itu jadi macam mer£bak pula sampai ada yang p£rtikai kenapa kami dah lama tak bergambar bersama dan ada mas@lah. Bila saya keluarkan kenyataan dan jawab elok-elok bahawa dalam rumah tangga ada ketikanya berg@duh dan ada ketikanya okay, orang ambil kenyataan itu pula," ujarnya.

Dalam pada itu, tutur Kamal lagi, dia juga ingin menggantikan semula waktu-waktu yang dia terlepas bersama Uqasha dan anak mereka, Hawra Uqaira kerana kesibukan kerja.
"Kami okay. Kurang sangat kami muncul di media sosial sebab saya memang sibuk dengan penggambaran dan tak ada masa. Sekarang baru saya ada masa. Fokus saya memang kepada Hawra.

"Sebelum enam bulan ini pun, bahkan semasa Uqasha mengandung pun saya banyak 'outstation', penggambaran 'Takluk' di Sabah dan 'Munajat Kasih' di Kelantan.

"Jadi, saya banyak meninggalkan Uqasha dengan Hawra. Jadi, saya nak gantikan semula," kata Kamal yang mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hawra Uqaira, 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: