08 February 2025

SELESAI JALANI PROSEDUR ANGIOGRAM - DOKTOR SAHKAN ZAMARUL HISHAM S£SAK NAFAS DISEBABKAN S£RANGAN JANTUNG



"Alhamdulillah, suami sudah selesai menjalani prosedur angiogram tetapi masih dalam pemantauan rapi doktor. Selepas melakukan prosedur angiogram semalam (Jumaat), doktor mengesahkan punca Zamarul s£sak nafas itu disebabkan s£rangan jantung.

Itulah kata pelakon Diana Rafar, 43, dimana dia memberitahu, punca suaminya yang juga pelakon, Zamarul Hisham, 53, mengalami s£sak nafas di set penggambaran drama, baru-baru ini disebabkan s£rangan jantung.

Jelas Diana, perkara itu diketahui selepas doktor pakar mengesahkannya sebaik suaminya selesai menjalani prosedur angiogram dan memasukkan sten di sebuah pusat perubatan di sini, semalam.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan pelakon drama bersiri 'Langit Ketujuh' ini, Diana berkata, dia bersyukur kerana prosedur angiogram berjalan lancar serta memaklumkan, suaminya itu akan dipindahkan dari ICU (unit rawatan rapi) ke unit dependensi tinggi (HDU).

"Saya juga tidak tahu berapa lama lagi suami akan berada di HDU tapi keadaannya lebih baik kerana dia akan dipindahkan nanti. Terima kasih atas doa yang tidak pernah putus dari semua yang mendoakan kesembuhan suami," tuturnya.

Terdahulu, Zamarul dimasukkan ke ICU di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi Rabu lalu akib@t s£sak nafas, sebelum ditukarkan ke sebuah pusat perubatan di sini dengan ambulans semalam bagi memudahkan ahli keluarga terdekat menjaganya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: