Filem terbitan Astro Shaw iaitu 'Sheriff', muncul sebagai filem dengan kutipan tertinggi tahun lalu apabila berjaya mengutip RM60.5 juta, sekaligus mengatasi filem antarabangsa, 'Deadpool' & 'Wolverine' yang berada di tangga kedua dengan jumlah kutipan RM32.5 juta di negara ini.
Melihat kejayaan luar biasa, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur kerana filem-filem terbitan Astro Shaw mampu memberi imp@k kepada penonton, selain meraih pengiktirafan di pentas anugerah.
"Kami sangat komited dalam menyampaikan cerita-cerita menarik dengan produksi berkualiti tinggi, dan berhasrat menerajui perubahan dalam industri perfileman kita.
Klik untuk gambar besar
Selain Sheriff, filem terbitan Astro Shaw iaitu 'Takluk: Lahad Datu' berjaya berada di tangga keempat dengan jumlah kutipan RM26.9 juta, diikuti 'Kahar: Kapla High Council' di tangga ke-15 (RM13.4 juta) dan 'The Experts' (RM12.4 juta) di kedudukan ke-17 untuk Top 20 filem yang berjaya mendapat kutipan tertinggi tahun lalu.
Disamping itu, Jastina berkata, kejayaan diraih hasil kerjasama dengan rakan-rakan penerbit seperti Skop Productions, Infinitus Productions, Act 2 Pictures, Multimedia Entertainment, GSC, TGV, Les' Copaque dan penaja.
"Kami menganggap kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Kejayaan ini juga menunjukkan penerimaan peminat terhadap filem tempatan semakin meningkat.
"Kami berbangga dengan pencapaian setakat ini dan akan terus berusaha untuk membawa industri perfileman Malaysia ke tahap lebih tinggi," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment