09 February 2025

SHUIB TERKIL4N ANAK DIKEC4M SEJAK AKTIF MENYANYI : "JANGAN LA 'SENTUH' ANAK AKU... BERCAKAP DEPAN-DEPAN, BERANI?"



Semua sedia maklum mengenai anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Thalita yang kini mengikuti jejak langkah arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin menjadi seorang penyanyi.

Namun begitu, tidak semua orang menyukai Thalita atau penuhnya, Dzahira Talita Zahra, 13, menyanyi apabila ada segelintir netizen mengec@m anak kedua kepada empat adik-beradik itu.

Berhubung itu, Shuib baru-baru ini telah tampil meluahkan rasa terkil@n melihat anaknya itu menjadi m@ngsa kec@man netizen sejak aktif menyanyi.

Shuib menerusi media sosial miliknya telah memuat naik semula komen seorang individu dimana dia mengatakan Thalita 'acah-acah retis' serta suaranya juga tidak bagus.

Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit turut menuduh pelawak itu menggunakan Thalita disebabkan perniagaannya yang semakin merudum.

Enggan berdiam diri, Shuib dalam komen bal@s berkata, dia tidak kisah jika dirinya dikec@m, namun jangan 'sentuh' mengenai anaknya kerana Thalita masih muda dan baru masuk dalam industri nyanyian.

Klik untuk gambar besar

Ujar Shuib lagi, anak perempuannya itu baru sahaja mula belajar untuk mencari duit sendiri serta men£gaskan bahawa tiada sal@hnya menyokong anak muda yang mahu berdikari.

Dalam pada itu, Shuib turut mencab@r individu terbabit untuk tampil bersemuka dengannya serta bercakap depan-depan jika tidak berpuas hati dengan dirinya.

"Tak kisah la kau f@ke account ke ape ke, tapi bila kau boleh komen macam ni, aku sebagai bapa memang akan terasa. Kalau nak cakap pasal aku, Insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang komen bukan-bukan, kec@m.

"Tapi jangan la 'sentuh' anak aku. Dia muda lagi, baru nak belajar-belajar masuk industri. Kalau betul nak menegur, DM aku. Bercakap depan-depan, berani?" kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41.

Sebelum ini, nama Thalita semakin meraih tumpuan selepas persembahan nyanyiannya itu menerima pujian ramai.

Nampaknya rezeki Thalita bukan hanya menerima tawaran nyanyian, malah anak Shuib ini juga mula melakukan reviu pr0duk makanan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: