24 February 2025

SUAMI TERUJA BAKAL TIMANG ANAK LELAKI - AIN EDRUCE SERAH PILIHAN NAMA PADA AMIRUL



"Kami sudah menjalani pemeriksaan jantina, dan Insya Allah, kami bakal menimang cahaya mata lelaki. Jadi, saya serahkan tugas memilih nama kepada Amirul kerana dia sangat teruja apabila dimaklumkan mengenai jantina anak kedua ini.
"Ketika ini, dia sedang mencari nama yang sesuai. Senarainya sudah ada, cuma tinggal untuk membuat pilihan akhir sahaja."

Itulah kata pelakon dan pengacara Ain Edruce, 34, dimana dia menyerahkan tugas memilih nama anak kedua yang bakal dilahirkan tidak lama lagi kepada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Ujar Ain lagi, kali ini Amirul begitu teruja apabila mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Dalam pada itu, jelas Ain, dia lebih selesa memberi nama dengan satu perkataan sahaja seperti anak sulungnya iaitu Soraya kerana lebih mudah disebut.

"Nama Amirul pun dah panjang, jadi pilih nama yang pendek sahajalah untuk anak. Sekarang ini, yang paling gembira adalah Amirul.

"Saya rasa dia memang sudah lama teringin nak anak lelaki tetapi tidak beritahu saya. Jadi teruja dia itu lain macam.

"Pada awalnya saya rasa bakal timang anak perempuan, tetapi lepas tahu jantina anak kali ini adalah lelaki, Amirul memang teruja.

"Dapatlah kami sepasang anak," tuturnya yang dalam masa sama memberitahu, dia bersedia untuk berehat seketika daripada dunia hiburan bagi memberi tumpuan kepada anak-anaknya.

"Keutamaan saya selepas ada anak memang adalah memberi tumpuan pada mereka dan kerja jadi nombor kedua. Saya nak tunggu anak besar sedikit.

"Saya juga sudah bersedia untuk kurangkan aktiviti seni tetapi itu bukan bermaksud saya akan berhenti. Saya masih aktif di media sosial seperti biasa," katanya.

Untuk makluman, Ain sah bergelar isteri kepada Amirul yang juga seorang usahawan, pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Soraya yang kini berusia empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: