24 February 2025

ANNA JOBLING BERSYUKUR JULANG GEMPAK MOST WANTED LAGI



Tahniah kami diucapkan kepada pelakon Anna Jobling, 25, apabila berjaya merangkul trofi utama Gempak Most Wanted 2024 buat kali kedua malam tadi selepas meraih 4.8 juta undian.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Sebenarnya saya tidak sangka akan menang kategori utama. Ini semua hasil kerja keras peminat yang bersengkang mata tak tidur undi siang malam untuk memastikan saya menang.

"Jadi saya ingin ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka, pihak media yang selalu menyokong saya, juga kepada Astro kerana banyak memberi peluang kepada saya," katanya.

Bukan hanya satu trofi, Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, turut menjulang anugerah Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi siri popular 'Syurga Itu Bukan Mudah' bergandingan dengan Amir Ahnaf.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: