24 February 2025

DALAM USAHA PUJUK SUAMI UNTUK CERAI KALI KEDUA - NORA ARIFFIN AKUR PERMINTAAN ANAK TIRI, DAKWA KENA FITNAH



"Saya mohon maaf menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Setelah did£sak untuk ceraikan saya, Ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.

"Saya akan penuhi permintaan Aya (anak tiri) dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose (madu) akan kembali monogami seperti yang diinginkan.

"Saya sedang memujuk Ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci dan memburukkan nama saya dalam media sosial."

Demikian tulis penyanyi Datuk Nora Ariffin menerusi perkongsian dimuat naik di media sosial, dimana dia membuat kejutan apabila secara terbuka mengakui bakal menuntut cerai terhadap suami, Dr Rushdi Ramli.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada hantaran itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 52 mendakwa permintaan itu sebagai tanda akur dengan permintaan anak tirinya, Aya Shahirah Rushdi yang sudah lama mengharapkannya dan suami berpisah.

Dalam pada itu, Nora yang enggan mengeruhkan lagi keadaan, turut mengharapkan keputusan itu dapat menghentikan segala kata-kata nista dan fitnah dilemparkan terhadapnya dalam media sosial, selain memberitahu, dia sudah memadam foto bersama suami demi memuaskan hati anak tirinya itu.

"Saya minta maaf memuat naik gambar bersama Ustaz. Saya sudah memadam semua gambar kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai. Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah," tutur Nora lagi.
Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit yang didakwa memfitnahnya dalam media sosial.

"Sejak 2019, saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan pada saya dalam media sosial. But now, damage has been done. Biar undang-undang menentukan," katanya.

Terdaulu, kontroversi membabitkan Nora dan anak tirinya, Aya tercetus selepas penyanyi itu mendedahkannya digelar wanita sundal dan kata-kata tidak baik oleh wanita itu.
Namun, Aya tampil menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya berkata, dia akan mendedahkan segala bukti perbualan menunjukkan Nora juga pernah memaki hamun keluarganya.

Pada 12 Ogos tahun lalu, penyanyi 'Renungan Terakhir' itu memuat naik video Rushdi menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam media sosial.

Nora yang tampil menjelaskan, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik, kemudiannya mengesahkan sudah rujuk semula dengan Rushdi pada 14 September 2024.

Nora dan Rushdi sah bergelar suami isteri pada 2021, malah lelaki itu adalah sahabat baik bekas suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: