"Dia bukan makcik hang. Lebih sopan panggil dia 'Puan'. Cara minta maaf pun tak ada adab. 'Saya nak mak bapak dia datang minta maaf'. Kalau yang bijak akan faham apa isi tersirat."
Itulah kata pelakon Rita Rudaini dimana dia men£gaskan kepentingan adab dalam kehidupan sebagai manusia dalam satu hantaran di media sosial.
Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, adalah lebih sopan sekiranya pemp£ngaruh, Imran Bard yang kononnya menghasilkan kandungan berunsur komedi itu memanggil pelakon Ellie Suriaty dengan gelaran yang lebih bersesuaian.
Rita yang menekankan perkara itu selepas timbul isu pertelingkahan antara Ellie dengan Imran, turut menegaskan bahawa pelakon itu tidak memerlukan pempengaruh untuk popular.
"Ellie tak perlu 'influencer' (pempengaruh) naikkan nama dia. Nama Ellie dalam industri seni sangat besar dan zaman kami semua naik dulu, waktu belum lagi ada media sosial.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, isu Ellie dan pempengaruh itu hangat diperkatakan selepas pelakon tersebut mengadakan sidang media baru-baru ini, dimana dia meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.
Justeru itu, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.
Kemudiannya, Imran tampil memberi respons dengan memberitahu, ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf serta bersikap acuh tidak acuh dalam video dihasilkan di media sosial miliknya.
Bagaimanapun, pelakon itu tegas dengan pendiriannya, malah sanggup datang ke hospital untuk berjumpa dengan ibu pempengaruh terbabit.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment