23 February 2025

RAI HARI LAHIR ANAK AMYZA AZNAN - DIDIE ALIAS DOA ANDRE TERUS KUAT HADAPI UJIAN PENYAKIT



"Sebenarnya, berat hati nak muat naik. Tapi, ini hari istimewa buat Andre Mikhail, anak kepada sahabat mummy, Amyza Aznan. Hari ini, ulang tahun Andre yang ke-19 tahun, mummy doakan Andre terus kuat ya, sayang.

"Mummy mohon doa daripada semua yang membaca (hantaran) ini, doakan buat Andre, semoga ada keajaiban buat Andre, semoga cepat sembuh."

Demikian tulis pelakon dan pengacara, Didie Alias dimana dia sempat meraikan hari ulang tahun anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang ke-19, semalam.

Berkongsi perkara itu menerusi media sosial, Didie yang mesra dengan panggilan mummy itu memohon doa buat Andre, 22, yang menderita kanser paru-paru tahap tiga.

Klik untuk gambar besar

Ketika kunjungan itu, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 53, juga meluangkan waktu bagi berkongsi semangat dan kekuatan buat Amyza.

"Sempat mummy luangkan masa walaupun sekejap dengan sahabat mummy, bagi semangat kepada dia, bagi dia sedikit senyuman, walaupun aku tahu berat sangat dugaan kau. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy ya," tuturnya.

Terdahulu, Amyza menerusi hantaran di media sosial memohon agar diberikan kesihatan baik, selain turut memaklumkan air dari paru-paru anaknya sudah memasuki jantung, manakala paru-paru sebelah kanan juga sudah tidak lagi berfungsi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: