23 February 2025

ALAMI TEKANAN DARAH TINGGI - DAFI MAKLUM KEADAAN BAPA KINI STABIL : "SAYA MOHON DOAKAN AYAH SAYA SEGERA PULIH"



"Saya mohon pada semua untuk mendoakan keadaan kesihatan ayah saya segera pulih. Tekanan darahnya tinggi semalam dan ketika ini Alhamdulillah, sudah stabil.
"Cuma, ayah masih lagi di hospital. Sebab, dia ada mengadu sakit dada juga. Jadi, doktor perlu memantau keadaannya di wad dan memastikan dia betul-betul okay."

Itulah jelas penyanyi, pelakon dan usahawan, Dafi Ismail Sabri, 37, dimana dia memohon agar didoakan kesembuhan buat bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini menerima rawatan di hospital.

Semalam, media melaporkan Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri Ke-9 itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya selepas tidak sedarkan diri di kediamannya pada awal pagi.

Memaklumkan bapanya yang kini masih dalam pemantauan doktor sudah semakin stabil, Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, dalam masa sama sangat berterima kepada semua yang sudah bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya.

Terdahulu, tular di laman sosial sekeping foto Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, Pahang, sedang dirawat di sebuah hospital selepas didakwa tidak sedarkan diri.

Menerusi laporan media, Setiausaha Akhbar beliau iaitu Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ismail Sabri berada dalam keadaan stabil.

"Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan," ujarnya.

Disamping itu, Azran Fitri menerusi hantaran di media sosial juga memaklumkan Ismail Sabri tidak dibenarkan menerima pelawat buat sementara waktu dan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan menziarah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: