26 February 2025

"SUDAH SAMPAI SERU ISTERI SAYA BERTUDUNG, SAYA ORANG PALING BERSYUKUR & BAHAGIA" - AZLAN KOMENG



"Dari dulu konsep saya tidak mahu pakai tudung kerana suami. Biarlah dia bertudung kerana Allah. Alhamdulillah dari awal saya dah cakap dan tidak memaksa kerana biarlah dia menutup aurat dengan seikhlasnya.

"Jadi apabila sudah sampai seru isteri saya ambil keputusan untuk bertudung, saya orang paling bersyukur dan bahagia."

Itulah tutur pelakon Azlan Komeng dimana katanya, dia tidak memaksa isterinya, Nur Nilam Ortiz untuk menutup aurat kerana mahu isterinya itu berbuat demikian ikhlas kerana Allah.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nilam berkata, dia terbuka hati untuk berhijrah kerana mensyukuri di atas rezeki dan nikmat diberikan kepada mereka sekeluarga.

"Saya memang sudah berhijab sebab Allah beri rezeki. Sebenarnya ada dua pilihan sama ada kita mahu bersyukur atau menjadi lebih fasik. Jadi saya memilih untuk bersyukur dan buat keputusan untuk berhijrah," katanya.
Disamping itu, menurut Nilam lagi, sebelum mengenakan hijab, dia sudah membiasakan diri menutup bahagian kepala dengan menggunakan sarung ketika membuat siaran langsung di media sosial.

"Pada awal bertudung saya tak pakai tudung seperti ini tapi hanya pakai penutup kepala berbentuk beruang. Sampai satu masa saya terdetik untuk bertudung, saya tak pandai nak berfesyen seperti orang lain. Saya hanya nak pakai tudung yang selesa. Tak perlu nak berfesyen sangat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: