"Saya dan si dia (kekasih) dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin."
Itulah jelas balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 33, dimana dia dan kekasihnya, Amsyar Salim memang ada perancangan untuk bernikah tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini.
Kata Siti Norhidayah atau Hidayah, dia dan jejaka itu juga masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi lagi.
Ujar ibu kepada seorang anak itu lagi, buat masa ini, dia mahu memberi fokus kepada perniagaan pr0duk kecantikan dulu.
"Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat saya dan anak, Hamzah. Semoga anda semua terus menyokong pr0duk kecantikan saya," katanya.
Terdahulu, Hidayah pernah memberi bayangan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka selepas beberapa tahun bergelar balu.
Namun, video yang dimuat naik secara terbuka oleh pengguna akaun media sosial iaitu Amsyar Salim yang berkongsi beberapa momen mereka keluar bersama dan meletakkan emoji tanda bahagia di platform itu seolah-olah merungkai segalanya.
Sementara itu, perkongsian Amsyar bersama Hidayah di media sosial turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata menitipkan pesanan supaya dia akan menjaga dan menyayangi Hidayah serta anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dengan penuh keikhlasan.
Untuk makluman, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan Abam pada 8 Disember 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang anak lelaki.
Bagaimanapun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamanya di Gombak, Selangor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment