21 February 2025

SAIFUL APEK AKUI KHILAF, TERIMA TEGURAN DENGAN BERLAPANG DADA : "SAYA TAK FIKIR & MUNGKIN TAK SEDAR HUKVM-HAKAM WALAU SUDAH 'BAU TANAH'..."



Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, 56, menerima teguran dengan berlapang dada selepas tular video mengenai dirinya yang didakwa berpelukan dengan usahawan sens@si, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, hingga mengundang kec@man netizen.
Dalam pada itu, Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, yang tampil mengulas mengenai kec@man dan teguran diterimanya itu berharap, perkara tersebut tidak lagi dipanjangkan.

"Saya akui khilaf dan menerima dengan berlapang dada untuk terima teguran berlandaskan kasih sayang. Tak perlu panjangkan kejadian khilaf saya kerana pada masa itu, saya tak fikir dan mungkin tak sedar hukvm-hakam walau sudah 'bau tanah'. Benda sudah pun berlaku.

"Jadi, jika ada yang sampai kec£wa atau 'unfollow' dan 'bl0ck' (s£kat) kerana kejadian itu, saya terima dengan reda," tuturnya yang juga berkata, dia membuat kenyataan ini kerana mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara yang berlaku.

"Saya tidak mahu menuding jari atau nak beri alasan berdolak-dalih untuk tepis segala teguran dan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan sebagainya lagi. Sal@h tetap sal@h, d0sa tetap d0sa dan yang har@m tetap har@m.

"Saya cukup sedar batas dalam agama Islam dan saya memang bersal@h. Sebab itu, saya selalu betulkan bila orang cakap otai masih berbisa itu sal@h kerana sebenarnya, otai masih 'berd0sa'," ujar pelakon filem 'Duyung' itu.

Disamping itu, Apek juga menjelaskan, kenyataan yang diberikannya bukan untuk cuba menegakkan benang yang basah, memuaskan hati mana-mana pihak atau semata-mata berkiblatkan netizen.

"Saya tak nak budaya kita sekarang ni t@kut buat sal@h semata-mata mata sebab netizen. Sepatutnya kita bukan t@kut hukvman netizen tapi hukvman Allah dan cakaplah apa pun kalau tak berubah tetaplah tak berubah dan kalau ditarik segala nikmat dan rezeki saya sekalipun bukan kerana manusia tapi atas Kun Fa Yakun," katanya.

Terdahulu, tular video di mana Apek didakwa berpelukan dengan usahawan kosm£tik Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM dalam sebuah acara baru-baru ini.

Video yang dimuat naik Kak KM di media sosial itu turut mengundang kec@man netizen, lebih-lebih lagi Apek dikenali dengan perwatakannya yang lebih ke arah Islamik sejak kebelakangan ini.

Malah, penceramah bebas iaitu PU Syed turut menegur Apek selepas tular rakaman yang menunjukkan dirinya bersentuhan dengan Kak KM dimana dia menjelaskan bahawa batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram perlu dijaga, selain perlu menghormati hukvm syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: