28 February 2025

"TAHUN INI (RAMADAN) MUNGKIN AGAK BERBEZA SEBAB FATIMA MANA-MANA SAYA PERGI DIA AKAN IKUT" - FAZURA



"Persediaan bulan puasa tiada apa sangat. Cuma lebih teruja untuk tarawih, Ramadan memang bulan beribadah. Sebenarnya tiada persiapan sangat dan semuanya seperti biasa sahaja.
"Kalau kerja, saya tak hadkan pun aktviti sepanjang Ramadan, semuanya jalan terus. Dulu ketika hamil sembilan bulan pun tetap jalan sahaja semua sebab saya memang suka kerja."

Demikian ujar pelakon Nur Fazura dimana dia memberitahu, persiapan menyambut bulan Ramadan tahun ini dilakukan secara sederhana sahaja.

Kata Fazura, aktiviti sepanjang bulan Ramadan dilakukan seperti biasa serta akan lebih fokus pada urusan ibadah dan teruja untuk menunaikan solat tarawih.

Jelasnya lagi, Ramadan kali ini berbeza kerana tumpuan lebih diberikan kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang sentiasa mengikutnya ke mana sahaja.

"Tahun ini mungkin agak berbeza sebab Fatima mana-mana saya pergi dia akan ikut, tidak kiralah kerja atau penggambaran. Dia tidak kisah walau sampai lewat malam sekali pun, memang akan ikut dan selagi saya ada bersama.

"Alhamdulillah sekarang dia selalu dengan saya, asalkan dia sihat dan boleh bertahan sampai malam, paling penting ada mummy,” katanya.

Untuk makluman, Fazura berkahwin dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017, namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hak penjagaan penuh Fatima menjadi milik Fazura sementara Fattah mendapat hak melawat dan bermalam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: