Penerbit Datuk Ayu Puteh mengakui sedih apabila tahun ini anak perempuan tunggalnya, Wanna Ali akan meraikan Aidilfitri dengan suami selepas berumah tangga dengan pasangannya, Khairil Amri Khalid.
Menahan rasa sebak saat bercerita mengenai persiapan Aidilfitri, Ayu berkata, dia bagaimanapun sentiasa menerima situasi itu kerana ia adalah hakikat kehidupan.
"Mama tahu kenyataan itu, tapi, mama terima. Adik dah hidup dengan mama 28 tahun. Sekarang adik ikutlah suami.
Klik untuk gambar besar
"Saya sedihlah sebab selama 28 tahun dia ada dengan saya, tiba-tiba tahun ini tak ada. Tapi saya cakap, taat kepada suami.
"Kalau dia nak beraya di mana, ikut dia. Kalau dia nak beraya di rumah mama, beritahu sebab pintu rumah selalu terbuka," katanya.
Dalam pada itu, jelas Ayu, Wanna dan suaminya itu tidak pernah mengabaikannya, walaupun kini tinggal berasingan.
"Soalan begini mengundang em0si juga sebab nak menangis. Sepanjang Ramadan, Wanna dan suami tak lupa saya. Hampir setiap hari, Amri akan hantar makanan ke rumah saya dan ke rumah ibu dia.
"Selepas mereka berbuka di rumah ibu mentuanya, mereka akan singgah di rumah saya walaupun untuk minum kopi. Ada masanya dia ajak berbuka di luar. Kalau tak berjumpa pun, kami akan buat panggilan video.
"Wanna anak yang baik budi pekerti dan taat. Sebab itu saya rasa 'kehilangan'. Bukan k£sal tapi bahagia," tuturnya.
Untuk makluman, Wanna berumah tangga dengan Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 Februari lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment