"Sejujurnya, pasti terbit rasa sunyi apabila sudah lama bersendirian. Saya akui memang perlukan seseorang untuk mengisi hari-hari yang mendatang."
Demikian ujar penerbit terkenal, Datuk A Aida dimana dia mengaku memerlukan seseorang sebagai peneman dalam hidupnya, selepas hampir enam tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Buat masa ini, Aida berkata, dia belum bersedia untuk mendedahkan identiti insan istimewa yang sedang dikenalinya yang dikatakan dalam kalangan orang kenamaan atau VIP.
Klik untuk gambar besar
"Saya berkawan dengan ramai orang. Urusan jodoh saya serahkan kepada Allah SWT. Kalau ditakdirkan saya ada jodoh dengan seseorang, saya harap perkahwinan kali ini adalah yang terakhir untuk saya," tuturnya.
Terdahulu, A Aida mendedahkan sedang berkawan dengan seorang lelaki berstatus duda dan hubungan mereka mula rapat sejak Disember tahun lalu.
Untuk makluman, A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22.
Seterusnya, A Aida mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis pada 2007 dan bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 15.
A Aida kemudiannya berkahwin kali keempat dengan pelakon Ariff Aziz, sebelum bercerai talak satu pada 25 April 2019 selepas 10 bulan bersama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment