21 March 2025

AL-FATIHAH - BAPA LIA NATALIA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Alhamdulillah, makbul doaku. Bapa, orang yang baik pergi hari Jumaat dalam bulan Ramadan. Bapa dah tak s@kit," tulis pelakon Lia Natalia, 32, menerusi media sosial miliknya.

Takziah diucapkan kepada Lia atas pemergian bapanya, Abden Aben, 69, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.50 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di Kota Kinabalu, hari ini.

"Assalamualaikum semua, Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan bapa. Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa bapa telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.50am di Hospital Queen Elizabeth 2. Dia pergi hari Jumaat, 10 akhir bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

"Buat masa ini, jenazah bapa masih berada di Hospital Queen Elizabeth 2. Kami akan membawa jenazah ke lapangan terbang menggunakan perkhidmatan MAS Kargo dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 6.20 petang.

"Kepada ahli keluarga dan sahabat yang ingin memberikan penghormatan terakhir, boleh hadir ke Masjid Muhibbah Raya dan solat jenazah di situ. Selesai solat jenazah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih, Tawau.

"Dengan rendah hati, kami sekeluarga ingin memohon maaf sekiranya ada sal@h dan sil@p bapa sepanjang hayatnya. Jika ada hut@ng yang belum dilunaskan atau ada perkara yang belum terselesaikan, mohon hubungi kami. Kami juga memohon agar dihalalkan segala makan minum bapa.

Klik untuk gambar besar

"Mohon doakan agar roh bapa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. I'm gonna miss you pak 😭," tulisnya lagi.

Jelas Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden, bapanya meninggal dunia akib@t s@kit jantung di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat, selepas menderita penyakit itu sejak November tahun lalu dan berulang alik ke hospital di Tawau untuk menerima rawatan.

"Arwah bapa sudah lebih sebulan dirawat dari hospital di Tawau dan kemudian dipindahkan ke HQE2," tuturnya yang turut memberitahu, dia dan arwah bapanya itu sangat rapat kerana dia yang menjaga Allahyarham ketika s@kit.

"Sebagai anak bongsu, saya sangat rapat dengan arwah bapa dan sanggup tolak tawaran kerja untuk menjaganya di hospital. Apapun, saya reda dan ikhlas dengan pemergian bapa kerana pengakhirannya sangat cantik kerana bapa pergi pada Jumaat dan 10 Ramadan terakhir," katanya.

Jenazah arwah bapa Lia dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pasir Putih, Tawau, selepas solat Tarawih malam ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: