Pada Ahad lalu, penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di sini akib@t tek@nan dar@h rendah dan keletihan melampau.
Terkini, Ifa memaklumkan, keadaan kesihatannya semakin pulih dan dia sudah dibenarkan pulang semalam, namun perlu menjalani rawatan semula berikutan bacaan jantungnya yang kurang stabil.
Jelas Ifa, sepanjang persiapan untuk menganjurkan StarVendors KL Mega Raya Fest 2025, dia tidak cukup rehat dan hanya tidur dua hingga tiga jam saja.
"Doktor beritahu saya bekerja tanpa henti. Dia kata tak pernah jumpa orang yang tidak tahu penat. Akib@tnya, tek@nan dar@h saya menjadi terlalu rendah dan bacaan gula rendah serta dehidr@si.
"Demi nak memastikan perjalanan acara Starvendors berjalan lancar, saya terlupa nak jaga kesihatan. Sebelum kejadian itu saya sudah mula tak sedap badan sejak tengah hari lagi, tapi saya cuba gagahkan diri.
"Namun, ketika mahu di temubual media pada malam kejadian, saya tiba-tiba muntah dan p£ngsan," katanya yang turut berkongsi dimana dia mempunyai sejarah keluarga yang menghidap peny@kit jantung termasuk dirinya yang pernah mengalami mas@lah jantung berlubang ketika dilahirkan.
"Saya perlu kembali ke hospital esok kerana bacaan jantung saya agak lemah. Namun, saya meminta kebenaran keluar hospital semalam kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
"Saya hampir terlupa ada sejarah keluarga berkaitan mas@lah jantung. Arwah bapa saya meninggal dunia akib@t mas@lah jantung, begitu juga dengan adik kedua saya.
"Selepas insid£n p£ngsan baru-baru ini, ramai ahli keluarga menghubungi dan memaklumkan bahawa ketika lahir, saya pernah didiagn0sis dengan mas@lah jantung berlubang, tetapi kini sudah pulih," tuturnya.
Terdahulu, suami kepada Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman memaklumkan, isterinya berada dalam keadaan stabil selepas p£ngsan di acara perasmian StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 di sini, Ahad lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment