"Tahun ini kali pertama saya berpuasa di Madinah. Awalnya, saya risau juga sebab kami dijangka kembali ke tanah air pada 2 Mac dan kita juga mula berpuasa pada 2 Mac.
"Maksudnya, saya akan berpuasa di dalam pesawat pulang ke Malaysia. Cita-cita, memang nak berpuasa di sana, nak rasa suasana puasa di sana.
"Alhamdulillah, diumumkan, puasa di Madinah bermula 1 Mac. Jadi, dapatlah saya berpuasa di Madinah."
Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Izzue Islam, 35, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila berpeluang merasakan suasana Ramadan buat pertama kali di Madinah ketika mengerjakan umrah bersama isterinya, Awin Nurin, baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Tuturnya lagi, menikmati juadah masakan berasaskan unta antara pengalaman yang tak dapat dilupakan.
"Dapatlah saya rasa pengalaman makan paru dan hati unta. Itu adalah pengalaman pertama saya.
"Memang berbeza suasana berpuasa di sana. Semua orang berkejaran nak beribadah dan dapatkan pahala. Hotel pun dekat dengan Masjid Nabawi. Jadi, suasana memang lain macam," katanya.
Walaupun ramai umat Islam di sana ketika itu, Izzue dan isterinya, Awin Nurin yang menunaikan ibadah umrah ini berkesempatan melawat beberapa tempat di samping beribadah.
"Sewaktu di sana, Alhamdulillah ramai tapi tak terlalu bersesak-sesak. Sepanjang hari itu, kami beribadah, jalan-jalan di masjid, melawat pasar tengok suasana berbuka di sana, tarawih, moreh dan selepas itu bertolak ke lapangan terbang," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment