26 March 2025

SUMBANG RM15,000 KEPADA YAYASAN VETERAN ATM - FATTAH AMIN SEDAR PENGORBANAN ANGGOTA TENTERA DALAM MENJAGA KEAMANAN NEGARA



"Saya sedar pengorbanan anggota tentera dalam menjaga keamanan negara tidak ternilai. Ini adalah sumbangan kecil saya sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada mereka.
"Semoga sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan untuk menjalankan sebarang program yang mampu memberi senyuman kepada veteran tentera."

Itulah kata pelakon Fattah Amin dimana dia menyerahkan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan veteran tentera.

Sumbangan itu disalurkan melalui syarikat produksi miliknya, Fattah Amin Management Sdn Bhd dalam usaha membantu meringankan beban serta menyokong kebajikan veteran yang banyak berbakti kepada negara.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu hadir ke Pejabat Ketua Pengarah JHEV dan menyerahkan cek sumbangan secara simbolik kepada Ketua Pengarah JHEV, Datuk Semaon Marjuki.

Disamping itu, Fattah berharap insiatif yang dibuat itu turut mendapat sokongan semua pihak, termasuk masyarakat dan sektor korporat bagi memastikan kebajikan veteran terus terbela.

"Saya berharap lebih ramai individu dan syarikat tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang selama ini banyak berkorban untuk negara.

"Setiap sumbangan, besar atau kecil, pasti memberi imp@k p0sitif kepada kehidupan veteran tentera," ujarnya.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Fattah dalam kerja-kerja kebajikan, selepas tampil dengan beberapa program bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan tentera melalui kempen Tabik Wira Kita.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: