"Anak saya baru hamil enam minggu, Alhamdulillah. Cuma ketika dia hendak kahwin dulu, saya ada luahkan kepadanya agar selesaikan belajar sebelum hamil. Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan rezeki zuriat itu.
"Jadi, buat masa sekarang dia tangguhkan pengajiannya dan kini bersama dengan menantu, dia bantu menguruskan perniagaan homestay saya di Pahang."
Itulah kata penerbit drama, Datuk A Aida, 55, dimana dia akur anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 27, terpaksa menangguhkan seketika pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia kerana hamil.
Jelas A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, walaupun dia mahu anaknya itu menamatkan pengajian terlebih dulu sebelum hamil, namun rezeki zuriat daripada Allah tidak boleh dielak dan berhubung itu, dia mengucapkan rasa syukur saja.
Dalam pada itu, A Aida berkata, biarlah sekarang Aleesa berehat dulu sehingga bersalin kerana hamil ketika masih menyambung pengajian di universiti sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada anaknya itu.
Klik untuk gambar besar
"Bukan senang nak dapat rezeki anak. Ini kerana saya sendiri melihat ramai pasangan yang lama berkahwin dan masih tidak dapat anak, berusaha macam-macam termasuk buat IVF untuk miliki zuriat.
"Apabila Allah dah berikan rezeki zuriat kepada anak saya, tak akan pula nak tolak dan tidak bersyukur. Saya kini berharap cucu nanti dilahirkan dengan sihat dan dipermudahkan segala urusan nanti," ujarnya.
Pada 15 Julai 2023, Wan Az Aleesa bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya, Zain Azrai Abdul Aziz dimana mereka selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Bukit Tinggi, Pahang.
Selain Wan Az Aleesa, A Aida turut mempunyai dua lagi anak menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Wan Azevanatassha, 22 dan Muhammad Rahul, 15.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment