09 March 2025

DEDAH ARWAH BAPA TAK PERNAH RESTU & BANGGA BERMAIN MUZIK - UMARUL NAFI BUBARKAN IKLIM KERANA MERAJUK DENGAN KEM£LUT DALAM KUMPULAN ITU



"Ini rahsia yang saya simpan. Dia tak bangga walaupun saya berjaya sebagai pemuzik. Sebab itu saya tak pernah aktif yang berlebih-lebih dalam muzik dan banyak menolak juga dalam permainan muzik. Dia tak pernah restu sampai akhir hayat saya."
Demikian dedah pemain gitar kumpulan Iklim, Umarul Mahdzar Embong mengenai Allahyarham bapanya, Embong Long dimana arwah tidak pernah merestui dia bermain muzik.

Mendedahkan perkara itu selepas hampir 40 tahun bermain muzik, Umarul berkata, bapanya itu tidak pernah bangga dia berjaya sebagai pemuzik dan mencipta populariti bersama Iklim pada awal 90-an dulu.

Kongsi Umarul lagi, Allahyarham bapanya ada berpesan sebelum meninggal dunia, dimana arwah mahu dia meninggalkan bidang muzik dan dia berjanji akan ikut.

"Dia orang alim. Dia dikenali di Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu sebagai orang warak. Dia nak saya teruskan pengajian di luar negara. Adik-beradik saya semua belajar di luar negara," tuturnya.

Dalam pada itu, Umarul berkata, keputusan dia membubarkan Iklim juga bertitik-tolak kepada situasi ini yang turut disifatkannya sebagai satu hikmah.

"Mungkin dah sampai masa untuk saya berhenti dan ia bersabit dengan peristiwa pembubaran Iklim juga. Mungkin ada hikmah. Saya sangat percaya benda itu.

"Apapun yang berlaku terhadap Iklim, saya maafkan semua yang berlaku dan tiada b£nci. Saya halalkan dan reda," ujarnya yang kini sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada bidang muzik dan beralih kepada bidang lukisan sepenuhnya.

"Saya memang aktif dengan lukisan cat minyak. Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat memuaskan. Kalau ikutkan saya dah berpuas hati dengan r0yalti yang diperoleh menerusi hasil karya muzik selama ini.

"Tak dinafikan masih ada lagu-lagu dalam simpanan termasuk yang sepatutnya dirakam bersama Syafiq Farhain untuk Iklim sebelum ini," jelasnya yang dalam masa sama turut menafikan dia membuat keputusan itu kerana merajuk dengan kem£lut dalam Iklim.

Terdahulu, Umarul mengesahkan pembubaran Iklim seperti diumumkan ketua kumpulan, Mohalim pada 25 Februari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: