09 March 2025

ALIFF AZIZ MENGAKU BERSAL4H ATAS TUDUHAN BERKHALW4T - SARAH YASMINE TUNTUT PAMP4SAN RM875,000



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang sebelum ini mengaku bersal@h atas tuduhan berkhalw@t pada 21 Februari lalu.
Berhubung itu, wanita yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, 25, tampil menuntut pamp@san sebanyak RM875,000 (S$250,000) daripada penyanyi yang juga pelakon asal Singapura ini selepas mendakwa dirinya menjadi m@ngsa tind@kan undang-undang tidak berasas.

Kata Sarah, dia menyifatkan tind@kan pelantun lagu 'Sayang Sayang' itu memfailkan tuntutan bawah Akta Perlindungan daripada G@ngguan (POHA) tahun lalu sebagai tidak masuk akal memandangkan pelakon itu sendiri sudah mengaku bersal@h atas tuduhan terbabit.

"Pengakuan itu mengesahkan semua kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut adalah benar dan bukan fitnah.

"Walaupun begitu, anda tetap memfailkan tuntutan terhadap saya hingga membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024.

"Tindakan undang-undang ini tidak berasas dan bertujuan untuk menutup kebenaran," ujar Sarah yang berkongsi perkara tersebut menerusi n0tis tuntutan (letter of demand) yang dimuat naik dalam media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar
Namun apa yang lebih mengejutkan, Sarah memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan bayaran tersebut atau berdepan tind@kan lanjut.

"Ini hanyalah permulaan. Sesiapa yang telah mengani@ya saya, terutama mereka yang mencipta fitn@h, bersiap sedia. Anda tahu siapa anda. Kebenaran pasti akan menang," luahnya.

Sekitar tahun lalu, Sarah menerima n0tis mahkamah di Singapura yang menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Aliff, namun pertikaian tersebut diselesaikan secara baik melalui mediasi di mahkamah.

Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat selepas dia tampil mengaku sebagai kekasih Aliff dan pendedahan yang dibuatnya itu kerana tidak tahan melihat pelakon itu terus dikec@m selepas dic£kup khalw@t dengan Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu.

Sejak itu, wanita berasal dari Singapura ini kerap berkongsi tangkap layar perbualan dipercayai antara Aliff dan seorang wanita dikenali sebagai NRF menerusi media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: