"Sebenarnya, saya dan Bella sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi yang lebih baik," kata pelakon Muaz Zabir, 28, ketika ditemui media pada sidang akhbar Gerobok Biru Gempak Gempita Raya.
Mengenai keakraban hubungan Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kata Muaz, dia hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Masing-masing sibuk dengan kerja dan saya pun tak tahu sampai mereka (Bella dan Syed Saddiq) jadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu produk.
"Nak cakap lebih-lebih tak boleh, saya doakan yang terbaik buat mereka. Seandainya boleh buat masing-masing gembira.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya, dia sudah berdamai dengan takdir dan tidak menafikan dirinya pernah rapat dengan Bella sejak awal kontroversi bertebaran membabitkan mereka sebelum ini.
"Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen, saya memang tak nafi cuma perkara itu sudah berlalu.
"Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan.
"Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh.
"Kami juga ada berjumpa untuk mesyuarat bersama duta produk lain. Jadi, kami memang berada dalam keadaan baik," tambahnya yang mendakwa dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella.
Tapi dalam hal ini, ramai mendakwa sudah terlambat untuk Muaz, sebab nampaknya vitamin BASS makin kuat kebelakangan ini. Malah ramai yang mendoakan Bella berjodoh dengan YB SS, dan Muaz melupakan kisah silam yang sudah jadi sejarah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment