"Kos keseluruhan untuk kos guaman k£s ini dianggarkan sebanyak RM65,861, namun saya hanya dapat membayar RM26,344 hasil daripada jualan barangan kemas Eda Ezrin.
"Baki bayaran untuk kos guaman Eda sebanyak 300,000 baht atau lebih RM39,516 dibayar oleh keluarga mentuanya."
Itulah kata ibu kepada penyanyi 'Bea Sobar Bea', Eda Ezrin iaitu Zahara Mamat dimana dia terpaksa menggadai barang kemas milik anaknya itu untuk membayar kos guaman demi memastikan Eda bebas daripada pertuduhan k£s memiliki 6,059 biji pil kuda.
Jelas Zahara, dia menjual barangan kemas milik Eda yang dianggarkan bernilai 200,000 baht atau lebih RM26,344 untuk menampung kos berkenaan.
Menurutnya, keluarganya perlu membayar wang sebanyak 500,000 baht atau lebih RM65,861 dan jumlah itu hanya sebahagian daripada bayaran keseluruhan.
Tutur ibu Eda, kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, dia terpaksa menjual kesemua barangan kemas milik anaknya itu.
Malah katanya lagi, sejak Eda ditah@n di Penj@ra Wilayah Narathiwat, dia menetap di Tak Bai dan membuka kedai makan kecil-kecilan.
"Saya memang asal sini (Thailand). Apabila Eda Ezrin ditah@n r£man pada November lalu, saya balik dan membina hidup di sini. Kedai makan saya di Kelantan juga sudah tutup.
"Apabila menetap di sini, saya boleh melawat Eda Ezrin di penj@ra pada hari Khamis setiap minggu. Saya akan bawa makanan yang diminta Eda Ezrin setiap kali waktu melawat. Baru-baru ini, dia minta nasi ayam pad kra pao," ujarnya.
Pada Khamis lalu, Eda Ezrin bersama lima yang lain masih belum dibenarkan keluar dari Penj@ra Wilayah Narathiwat biarpun dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda.
Ini kerana pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam masa sebulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment