10 March 2025

UNTUNG INTAN NAJUWA ADA SUAMI YANG BAIK & PRIHATIN - SIAP UPAH 3 PENGASUH & JURURAWAT UNTUK JAGA ANAK, TERMASUK LETAKKAN VITAL MONITOR



"Luna ada tiga babysitters sekarang dan mereka semua tinggal dengan kami. Sorang tolong siang, sorang malam dan sorang lagi uruskan barang-barang Luna.

"Berita baik! Tiada lagi ke emergency. Suami saya dapatkan jururawat private untuk tengokkan luna 24 jam. Lega sangat. Suami juga letak vital monitor dekat rumah untuk jururawat check kalau Luna ada apa-apa."

Demikian tulis pelakon Datin Intan Najuwa dimana dia mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman telah mengupah tiga pengasuh termasuk mendapatkan jururawat khas bagi membantu menjaga anak mereka, Imane Lunara, selain pastikan bayi itu sentiasa dalam keadaan baik.

Klik untuk gambar besar

Intan yang berkongsi perkara tersebut menerusi media sosial memberitahu, suaminya itu berbuat demikian kerana mahu memastikan dia mendapat rehat yang cukup dan boleh menjaga dirinya.

Dalam pada itu, Intan turut menjelaskan, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bukannya hanya goyang kaki di rumah.
Ini kerana kata pelakon berusia 28 tahun itu lagi, pengasuh hanyalah membantu melancarkan urusan hariannya.

"Suami saya yang uruskan semua ini untuk pastikan saya dapat rehat yang cukup dan dapat jaga diri sendiri. Saya tetap menjaga Lunara, mereka sekadar menyokong saya dalam pelbagai perkara," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: