"Kalau orang tanya macam mana terjadi, saya sendiri pun tak pasti apa puncanya. Ketika kejadian, saya hanya nak letakkan kasut anak di bawah, selepas itu bila nak bangun tiba-tiba ada bunyi mel£tup.
"Bila insid£n itu berlaku, saya menj£rit kes@kitan sebab ingatkan tulang pat@h. Saya juga tak boleh nak berdiri tegak.
"Suami saya pun terkejut tengok keadaan saya dan terus bawa ke hospital," ujar pelakon Ayda Jebat yang mengaku tidak tahu punca sebenar sehingga dia mengalami mas@lah 'slipped disc' sejak seminggu lalu.
Sementara itu, Ayda akui lagi, selepas ditah@n wad selama dua hari, pergerakannya kini terbat@s dan perlu lebih berhati-hati agar keadaan kesihatannya tidak bertambah burvk.
"Sepatutnya saya perlu berehat. Bagaimanapun saya memilih untuk terus bekerja. Esoknya (selepas keluar hospital) saya terus ada komitmen penggambaran, berehat sehari dan ke Singapura untuk berniaga.
Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah selepas habis berniaga di Celebfest di Singapura, saya akan berehat. Doktor memang marah bila tahu masih lagi terus bekerja.
"Jadi doktor ada berikan nasihat dan tip bagi pes@kit slipped disc. Apa yang perlu saya lakukan ketika ini adalah dengan jalani rutin senaman dan makan ubat tertentu," katanya.
Pada 1 Mac lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan, dia menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami slipped disc ringan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment