"Hari ini yang diketengahkan hanyalah lafaz cerai taklik tapi sebenarnya sebelum itu sudah berlaku satu lafaz cerai iaitu pada Jun 2024 dan dilakukan di luar mahkamah.
"Waktu itu kami baru berkahwin dua bulan dan pada ketika itu, saya sudah berbincang dengan plaintif (Along) untuk melakukan pengesahan cerai tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.
"Kalau mengikut undang-undang mahkamah (cerai dan rujuk di luar tanpa pengesahan), ia adalah satu kesal@han dan dia boleh dikenakan tindakan d£nda.
Itulah jelas isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 33, dimana dia mendedahkan pernah diceraikan suaminya selepas dua bulan bernikah, sebelum mereka bersetuju untuk rujuk semula ketika dalam idah.
Klik untuk gambar besar
"Memang ada lafaz yang berlaku sebab ada beberapa perkara yang terjadi dan kami memang baru sangat kahwin pada ketika itu. Kemudian kami lakukan rujuk batin.
"Selepas itu dia pujuk saya dan berjanji berubah, saya bagi peluang sebab saya bukan berkahwin untuk bercerai. Tetapi kesal@han itu berlaku, berlaku, dan berlaku lagi sehinggalah saya buat lafaz taklik," ujarnya.
Terdahulu, Afreena hadir ke mahkamah di sini, hari ini bagi pengesahan lafaz cerai melangg@r taklik yang difailkan suaminya itu pada 10 Februari lalu.
Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi bagaimanapun membuat keputusan menunda permohonan pengesahan cerai itu kepada tarikh baharu, 8 Mei depan selepas berlaku kesil@pan dalam mengisi borang oleh Along.
Berhubung itu, Afreena meluahkan perasaan kec£wa apabila k£s cerai berkenaan ditangguhkan kepada tarikh lain.
Kem£lut rumah tangga mereka terc£tus selepas Along mendakwa Afreena sudah melangg@r tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan dan membawa kepada j@tuhnya taklik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment