"Aku beranak, baby keluar saja perut terus kempis.. ke aku yang tak normal," itulah komen seorang individu dimana dia mempersoalkan bentuk fizikal pelakon Datin Atikah Suhaime yang masih kelihatan sama seperti mengandung, meskipun sudah selamat bersalin.
Enggan berdiam diri, Atikah yang bernikah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024, telah berkongsi video perjelasannya berhubung perkara itu menerusi laman sosial miliknya.
"Siapa first time mum kat sini? Samalah kiter 😅," tulis Atikah yang selamat menimang cahaya mata pertamanya pada 8 Mac di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Baru-baru ini, Atikah telah berkongsi video perjalanannya melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
Perkongsian Atikah itu telah menarik perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa teruja.
Klik untuk gambar besar
"Itulah. Sabarlah, I tak discharge dari hospital lagi. Tak bawa bengkung pun," ujarnya.
Bukan itu sahaja, malah tindakan Atikah yang memilih untuk mengambil epidural juga menerima pelbagai reaksi netizen dimana ada diantara mereka yang beranggapan pengambilan sunt1kan akan memberi k£san di masa hadapan.
"Epidural akan beri k£san panjang. Nanti akan selalu sakit badan, semua la. Ini hanya info," komen seorang lagi wargamaya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment