11 March 2025

BILA LAGU SITI NURHALIZA TERSENARAI DALAM PLAYLIST PERIBADI RAJA CHARLES III, SEKALIGUS HARUMKAN NAMA MALAYSIA



Nampaknya Biduanita Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila lagu nyanyian berjudul 'Anta Permana' menjadi pilihan Raja Britain, Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai 'playlist' peribadinya.
Difahamkan, lagu tersebut menjadi sebahagian daripada program The King's Music Room di Apple Music, yang menghimpunkan karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.

Menerusi senarai terbabit, nama Siti dilihat berada bersama nama-nama besar seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue, Grace Jones, Michael Bublé dan lain-lain lagi, sekali gus membuktikan keunikan muzik Nusantara turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, malah titah Raja Charles III dalam siaran khas itu, setiap lagu yang dipilih mengembalikan kenangan serta memori peribadi baginda sendiri dan memberi ketenangan.

"Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya. Itu semua bukan sekadar hiburan, tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan," titah baginda.

Klik untuk gambar besar
"Saya ingin berkongsi dengan anda lagu-lagu yang telah membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Lagu-lagu ini merangkumi pelbagai gaya dan budaya yang berbeza.

"Namun, seperti keluarga negara-negara Komanwel yang makmur, mereka, dalam cara yang tersendiri, berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan, dalam segala keindahan dan keharmonian beragama," titah baginda.

Rakaman The King's Music Room berlangsung di Istana Buckingham dan memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda.

Untuk info, 'Anta Permana' merupakan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini yang dihasilkan pada tahun 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: