11 March 2025

NORA DANISH BERJAYA KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 10 HARI : "PENCAPAIAN YANG SANGAT BERHARGA DALAM HIDUP SAYA, SEKALI GUS MENJADI HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN SAYA TAHUN INI"



"Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari. Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran.
"Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini.

"Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya."

Itulah kata pelakon Nora Danish dimana dia berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 10 hari serta menyifatkan ianya hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu.

Jelas Nora, ini adalah kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melakukannya.

Dalam pada itu, Nora berkata, usia bukanlah penghalang untuk seseorang mendekatkan diri kepada Allah dan mengambil keputusan ke jalan lain yang baik.

"Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.

"Dalam k£s saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.

"Saya sendiri mengaku, dahulu saya j@hil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa. Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: