"Ramai yang jangka bayi lelaki, termasuk saya sendiri. Tapi lepas beberapa kali ujian, sah bayi perempuan. Bayi perempuan kuat dan tabah dalam kandungan saya. Dia sihat dan kuat menendang."
Demikian tulis isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dimana dia berkongsikan bakal menimang anak perempuan yang dijangka bakal dilahirkan pada Julai depan.
Fara menerusi perkongsian di media sosial, berkata, ramai yang jangkakan bayi dalam kandungan itu adalah anak lelaki namun selepas melakukan imbasan jantina ianya bayi perempuan.
Dalam pada itu, Fara yang mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 ini memberitahu, dia sudah membuat persiapan bagi menyambut kelahiran anak sulungnya itu serta berharap semuanya dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment