11 March 2025

KELIHATAN MESRA BUAT 'LIVE' BERSAMA - ERRA FAZIRA, EZWAN ZAIN DIUSIK PEMINAT



Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Erra Fazira menerusi media sosial telah membuat siaran langsung bersama jejaka yang dikatakan sedang dikenalinya, Ezwan Zain atau Mr E dimana dia merupakan pengasas sebuah restoran yang terkenal dengan pelbagai hidang kuih muih.
Menerusi siaran langsung itu, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, dan Ezwan sedang memprom0sikan jenis kuih tradisional dan popular.

Apa yang menariknya, sesi siaran langsung itu bertukar menjadi momen romantis apabila netizen mula meninggalkan komen mengenai hubungan mereka dan mendoakan kebahagiaan pasangan itu, termasuk ada yang mengusik Erra dan Ezwan dengan mengatakan Kuih Satu Hati dan Kuih Cinta.

Sementara itu, Ezwan nampaknya enggan mengesahkan tatkala Erra bertanya kepadanya adakah dia buah hatinya ketika membaca semula pertanyaan netizen.

"Tiada. Buah Melaka saja ada," kata yang Ezwan yang juga kelihatan malu apabila diusik netizen sehingga tidak menunjukkan wajah yang penuh ketika siaran langsung itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang netizen yang kini meraih lebih 60,000 tontonan, Erra dan Ezwan difahamkan membuat siaran langsung itu pada 7 Mac lalu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya netizen mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan mengaku mereka adalah pasangan yang secocok.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: