12 March 2025

ANAK TUNGGAL ALONG CHAM - AFREENA ANGGAP SANGAT BAIK SEPANJANG MENJAGANYA : "JADI ANAK YANG SOLEH"



"Saya dengan Daniel (anak lelaki tunggal Along Cham) sebenarnya kami baik. Sebagai ibu tiri yang pernah menjaga Daniel, saya ikhlas menjaganya.
"Dia (Daniel) seorang budak yang sangat baik. Dia juga seorang yang boleh dikatakan mempunyai personaliti yang baik dan karakter diri yang bagus.

"Alhamdulillah, saya okay dengan Daniel. Cuma, sekarang ini saya tiada komen lagi. Tapi, saya harap dia dalam keadaan baik-baik sajalah. Jadi anak yang soleh."

Itulah kata isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 33, dimana dia menyifatkan anak tirinya, Ahmad Daniel, 14, sebagai anak yang sangat baik dari segi personaliti dan karakter diri.

Ujar Afreena, hubungannya dengan anak lelaki tunggal Along itu juga masih baik kerana pernah menjaganya selaku ibu tiri sepanjang tempoh perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, Afreena juga mendoakan Daniel akan menjadi anak yang soleh bukan saja kepada bapanya, Along tetapi juga kepada ibu kandungnya, Zila Saeron.

Terdahulu, Afreena hadir bersama peguam syarie mewakilinya, Mohamad Iezwan Ielias ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang baru-baru ini bagi k£s tuntutan pengesahan lafaz cerai melangg@r taklik yang difailkan Along terhadapnya pada 10 Februari lalu.

Namun, sebutan k£s itu ditangguhkan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi kepada tarikh baharu iaitu 8 Mei depan berikutan maklumat dokumentasi dibuat Along sebelum ini difahamkan tidak lengkap.

Along dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu, dia sepatutnya sudah memfailkan cerai melangg@r lafaz taklik itu pada 16 Disember tahun lalu, tetapi ditah@n polis akib@t memiliki g@nja dua hari sebelum itu.

Jelas Along, isterinya itu sudah melangg@r lafaz taklik yang membabitkan tiga perkara sepanjang perkahwinan mereka.

Untuk makluman, Along dan Afreena bernikah pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan pertama itu, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel yang kini di bawah penjagaannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: