"Alhamdulillah, saya juga sudah boleh keluar rumah dan memandu kereta tetapi hanya kawasan dekat rumah saja. Tapi, saya masih berasa s@kit di bahagian dalaman dan anggota badan pun ada yang b£ngkak dan kebas.
"Saya juga dijadualkan untuk bertemu doktor untuk rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur pada 20 Mac ini," tutur bekas penyampai radio, Maskiran Jakiran, 49, atau Kieran dimana dia yang disahkan menghidap kans£r t£stis tahap tiga itu meluahkan rasa syukur keadaan kesihatannya semakin baik.
Jelas Kieran, keadaan kesihatannya semakin baik selepas menjalani pemb£dahan membuang lebihan cairan di bahagian t£stis yang memb£ngkak pada 3 Februari lalu.
Katanya lagi, keadaan luka pemb£dahan juga sudah sembuh selepas lima minggu, selain turut memberitahu, dia juga sudah menjalani pusingan kem0terapi sebanyak empat kali.
"Selepas buat kem0terapi, badan saya b£ngkak-b£ngkak dan lemah sangat. S@kit sana sini itu perkara biasa. Urat-urat di tangan pun macam sudah m@ti. Namun, saya bersyukur kerana taklah t£ruk sangat kerana saya masih mampu duduk, baring dan bangun sendiri.
"Saya tiada mas@lah untuk makan dan tambah berat badan kerana sebelum kem0terapi, saya turun sebanyak 21 kilogram," katanya yang juga sangat bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa seperti biasa tahun ini.
"Saya tiada buat aktiviti ketika Ramadan dan hanya berehat di rumah kerana masih dalam proses pemulihan. Doktor beritahu ia ambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.
"Saya juga masih belum mampu untuk bekerja kerana tangan masih s@kit dan badan masih tidak kuat. Kalau sudah duduk, nak bangun kaki s@kit dan kalau berdiri lama sikit ada rasa nak pit@m pula.
"Seperti Ramadan, tahun sebelumnya, saya memang berbuka puasa di rumah saja dengan keluarga. Tahun ini, saya memang tidak bekerja dan memang genap sebulan dapat berbuka puasa dengan keluarga," ujarnya
Disamping itu, ditanya mengenai persiapan Aidilfitri pula, Kieran berkata, dia hanya buat persiapan ala kadar saja bersama keluarga.
"Lagipun, saya sudah hampir lapan bulan tidak bekerja dan kena berjimat sebab pada masa akan datang kita tidak tahu macam mana," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment