Cerita mengenai pelakon Ben Amir nampaknya sudah lama kita tidak dengar, ternyata pelakon itu difahamkan kini sudah berhijrah.
Menerusi satu perkongsian di YouTube miliknya, pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan besar untuk meninggalkan kehidupan di bandar dan memulakan kehidupan baru di sebuah pulau bernama Siargao di Filipina.
Dalam pada itu, Ben juga berkongsikan mengenai perancangannya dimana dia membina rumah serta memulakan perniagaan disana tidak lama lagi.
Bagaimanapun, kata Ben, buat masa ini dia sedang biasakan diri dengan kehidupan di pulau serta mempelajari budaya di sana.
"Tapi sekarang saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya warga Filipina dan adab mereka.
"Saya memulakan hidup baru di sini, membina impian saya dari bawah. Sekarang, saya sedang menyiapkan rumah, vila, perniagaan dan tak lama lagi saya akan mula usahakan ladang kecil saya sendiri," jelasnya.
Terdahulu, Ben pernah memuat naik hantaran seolah memberi bayangan mahu berhijrah ke tempat lain berdekatan dengan pantai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment