"Alhamdulillah hasil daripada doa semua orang, saya dapat berjumpa Fatima hari ini (semalam). Dia beritahu saya masih demam dan sedikit tidak sihat. Tetapi, keadaannya tak t£ruk sangat.
"Hari itu ketika mahu jumpa dia (Fatima) memang saya tidak dapat jumpa. Tapi, selepas dapat jumpa tadi (semalam), banyaklah saya bersembang dengan dia."
Demikian ujar pelakon Fattah Amin, 35, dimana dia gembira dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 5, dan berbual banyak perkara dalam pertemuan mereka semalam.
Sebelum ini, Fattah atau atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, ada meluahkan perasaan kec£wa apabila dia tidak dapat berjumpa dengan anak kesayangannya itu kerana difahamkan Fatima berada dalam keadaan tidak sihat.
Sementara itu, ditanya mengenai sambutan lebarannya pada tahun ini yang bersendiri, Fattah berkata, dia akan meraikan bersama keluarga, manakala Fatima pula pada raya ketiga serta keempat.
"Saya dan bekas isteri, kami bergilir-gilir bersama Fatima dan pada hari raya nanti, dia akan beraya dulu dengan ibunya. Selepas itu, pada raya ketiga serta keempat baru giliran bersama saya.
"Kalau boleh nak lama sedikit beraya dengan Fatima, tapi dah ada persetujuan untuk bergilir-gilir itu. Jadi, kita tengok dulu macam mana perbincangan dengan pihak sana, tapi apa yang penting Fatima gembira," jelasnya.
Disamping itu, kongsi Fattah lagi mengenai tema busana hari rayanya dan anak, mereka akan menggayakan pakaian berwarna biru, namun persiapan setakat ini masih belum dibuat lagi.
"Pada raya ketiga dan keempat itu, baju raya saya dengan Fatima warna biru. Cuma, buat masa ini saya pun belum berkesempatan (buat persiapan raya) kerana sibuk bekerja.
"Bagaimanapun, memandangkan saya juga duta pakaian raya pada tahun ini, jadi agak memudahkan bagi saya mempersiapkan semua itu untuk anak dan ahli keluarga saya," katanya.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Fattah bercerai talak satu dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup bersama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment