"Kau orang buka puasa di mana? Kat rumah? Huh! Lemau," itulah kata pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor, dimana dia berbuka puasa di atas platform papan iklan gergasi, di Jalan Kebun, Shah Alam, semalam.
Rosyam berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di media sosial rasmi rangkaian pasar raya ST Rosyam Mart.
Dalam perkongsian tersebut, Rosyam mengambil masa beberapa minit untuk memanjat papan iklan gergasi, sebelum berbuka puasa dari awangan sambil menikmati panorama senja menghadap cawangan baharu pasar raya itu.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata mencuit hati dan memanggil Rosyam dengan panggilan Iman, nama watak yang dilakonkannya dalam drama bersiri 'Keluarga Itu'.
"Kau duduk atas situ jangan turun-turun Iman," antara komen-komen netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment