18 March 2025

PILIH SELESAIKAN DAKWAAN TAK BAYAR GAJI PEKERJA DI MAHKAMAH - AC MIZAL NAFI SUKE TV BAKAL BANKR4P, MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA



"K£s ini dalam peringkat mahkamah. Kami sedang saling menyam@n dan saya serahkan kepada pihak peguam. Memang tiada pertemuan di luar kerana saya lebih suka selesaikan di mahkamah. Urusan ini dibuat selepas Aidilfitri nanti."

Itulah jelas pemilik stesen televisyen, Suke TV iaitu Datuk AC Mizal, 54, dimana dia memilih untuk menyelesaikan isu gag@l membuat pembayaran gaji pekerja seperti didakwa di mahkamah.

AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, memberitahu, mahkamah adalah tempat jalan penyelesaian terbaik untuknya memulihkan semula reputasi yang sudah tercal@r, selain turut men£pis sp£kulasi Suke TV bakal 'gulung tikar' tidak lama lagi.

Kata pengacara popular dan pelakon drama 'Gerak Khas' itu lagi, stesen berkenaan masih beroperasi seperti biasa dengan menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan ramai.

Klik untuk gambar besar

"Suke TV berjalan seperti biasa, belum bankr@p dan masih beroperasi seperti biasa. Akan ada berita gembira, tidak lama lagi. Alhamdulillah, kami sudah beroperasi selama tiga tahun, banyak perancangan akan dilakukan," katanya.

Disamping itu, AC dalam masa sama turut menyifatkan pasang surut dalam perniagaan adalah perkara biasa. Bagaimanapun, ulasnya lagi, cab@ran itu tidak pernah membuatkannya berputus asa.

"Biasalah turun naik dalam perniagaan adalah asam garam, tapi kami berusaha uruskan dengan sebaik mungkin. Bisnes seperti ini perlu perancangan betul dan tak boleh hendak hebahkan semua, akhirnya tak menjadi.
"Disebabkan kami bersaing dengan stesen TV lain, kami kena lihat masa sesuai. Pel@buran diperlukan untuk k0nten besar, jadi kami perlu pastikan stesen lain memberi ruang kepada kami yang kecil," ujarnya.

Terdahulu, seorang individu mendakwa tidak menerima gaji ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen.

Individu terbabit turut mendakwa bukan sahaja isu pembayaran gaji, bahkan c@ruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut tertungg@k.

Susulan itu, AC tampil menyangk@l semua dakwaan dan menyifatkan kenyataan berunsur fitn@h dipercayai dibuat bekas pekerja stesen TV miliknya sebagai berniat jah@t dan sengaja memalukannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: