19 March 2025

"SAYA TIDAK 'SOROK' SUAMI SEBALIKNYA DIA SENDIRI SEGAN..." - SALINA SAIBI



"Saya ada juga kongsi gambar keluarga dengan pengikut di media sosial tapi tak suka lebih-lebih atau bukanlah terlamp@u menjaga privasi sangat. Dalam menjaga keharmonian rumah tangga, kita kena percaya dengan suami sebagai ketua keluarga.
"Kita juga kena tahu perangai suami kita macam mana. Kalau suami kita memang jenis gat@l, memang akan timbul rasa t@kut itu kerana naluri seorang isteri itu kuat," demikian jelas pelakon Salina Saibi, 43.

Isu berkaitan hal rumah tangga, Salina berkata, dia sebolehnya mahu mengelak untuk berkongsi secara berlebihan di media sosial bagi mengelakkan sebarang mas@lah.

Salina dalam masa sama memberitahu, dia turut muat naik gambar bersama suami, Azmir Osman, 61, dan dua anaknya, Farah Syakira, 16, dan Farah Aqeela, 10, di media sosial.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan dia jarang bawa suami ke acara hiburan pula, Salina menjelaskan, sebenarnya suaminya sendiri seorang yang pemalu dan tidak suka menghadiri acara yang glamour.

"Saya tidak 'sorok' suami sebaliknya dia sendiri yang segan untuk menemani ke majlis dan lebih suka menjaga anak-anak di rumah. Ada juga suami teman saya hadiri acara seperti rumah terbuka tapi tengok tempat dan keadaan.

"Suami saya berusia 61 tahun dan dia juga sudah pencen. Beza usia kami juga 19 tahun," katanya yang turut berkongsi mengenai aktiviti seninya ketika ini, dimana pada bulan Ramadan, dia sememangnya berehat kerana mahu fokus pada ibadah puasa dan keluarga.

"Bukan tiada tawaran berlakon tapi sejak dari zaman bersama Skop Productions, saya memang berehat dari lakonan pada Ramadan. Saya lebih suka buat perniagaan secara dalam talian dari rumah sebab kasihan tengok anak-anak berbuka puasa tanpa saya di rumah," tuturnya.

Disamping itu, Salina yang sinonim dengan watak ASP Salina dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas' ini meluahkan keinginan yang mahu melakonkan watak berbeza dan ada kelainan selepas ini.

"Saya sudah penat kejar penjen@yah selama 15 tahun sampai orang panggil saya ASP Salina bila di luar. Sebelum itu, orang panggil saya b0hsia kerana watak dalam filem B0hsia dulu.

"Saya menanti watak yang lain kerana sudah banyak lakonkan watak polis, peny0ndol dan dukvn. Contohnya, saya dapat lakonkan watak yang ada 'superpower' pada tahun lalu. Antara watak yang dinantikan seperti pembunvh bersiri dan 'kak long' kawasan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: