19 March 2025

"SAYA RINDU SET 'SH00TING', RAKAN-RAKAN & NAK BACA SKRIP" - MAK JAH TAK MAMPU BERJALAN, BERDIRI



Pelakon veteran, Maimunah Ahmad, 77, yang kini tidak lagi aktif berlakon itu meluahkan rasa rindu untuk 'sh00ting', namun dirinya tidak boleh untuk berlakon lagi kerana kakinya sudah tidak kuat, malah tidak mampu nak berjalan dan berdiri terlalu lama.
"Keinginan nak berlakon memang ada. Maklumlah nama pun anak seni. Saya rindu set 'sh00ting', rakan-rakan dan nak baca skrip.

"Bila 'sh00ting', banyak nak kena buat nak salin baju dan sebagainya. Sedangkan kita tak kuat. Mula-mula saya kena kans£r rahim, Alhamdulillah dah nak baik.

"Selepas itu k£ncing manis serta dar@h tinggi dan seterusnya radang tulang pula. Memang Allah bagi satu persatu. Namun saya bersyukur pada Allah umur saya panjang dapatlah bertaubat.

"Saya berserah kepada Allah. Dialah penerima segala apa kebaikan apa saja permohonan saya. Apa saja sal@h saya, saya minta ampun dan maaf dari Allah," katanya yang dalam masa sama juga reda dengan ketentuan Allah dan memohon maaf kepada kenalannya.

Menurut Maimunah atau lebih sinonim dengan panggilan Mak Jah, sepanjang Ramadan, dia hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa melakukan amal ibadat.

"Ada ustazah datang mengajar di rumah saya. Seminggu tiga, empat kali tengok pada kelapangan dia. Saya ikut sebab saya memang ada di rumah sahaja. Apa lagi nak buat.

"Saya qada puasa, zikir dan bila tiba waktu solat, saya solat. Kalau ada jamuan buka puasa saya pergi. Orang panggil saya datang. Orang bagi rezeki saya ambil.

"Saya bersyukur kepada Allah masih banyak lagi orang yang kenal saya, walaupun saya dah tiga tahun tak berlakon.

"Masih jemput saya ke jamuan berbuka puasa dan sebagainya," jelasnya yang menerima sumbangan pada Majlis Iftar dan Sumbangan Kepada Artis Hijrah Sempena Ramadaan di Masjid Raja Haji Fisabillah, di sini, malam tadi.

Selain itu, Mak Jah kini bergantung kepada bantuan Baitumal RM500 sebulan dan sumbangan Datuk Rosyam Nor sebanyak RM500 sebulan.

"Bagi saya memadailah setakat bayar rumah RM124 termasuk api, air keseluruhan RM200 hingga RM300. Kadang-kadang kalau tak cukup saya minta tolong dengan anak-anak.

"Duit sumbangan mana-mana pihak saya gunakan untuk beli suplemen. Kosnya RM600 untuk dua bulan," tutur pelakon filem 'Hantu Bonceng' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: