19 March 2025

AKUI TAKUT & WAS-WAS HAMIL DI USIA LANJUT - SCHA ALYAHYA TAK TOLAK TAKDIR ALLAH JIKA DIKURNIAKAN ANAK LAGI



"Ada beberapa pandangan yang saya lihat di media sosial apabila ada yang mengatakan okey untuk hamil pada usia 40-an. Namun ada juga yang mendakwa agak beris1ko.
"Secara peribadi saya agak takut dan was-was untuk hamil pada usia sekarang. Tapi kalau sudah ditakdirkan rezeki Allah nak bagi, saya tidak menolak."

Itulah ujar pelakon Scha Al Yahya dimana dia tidak menolak takdir Allah jika diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata yang ketiga pada usia 42 tahun, meskipun menyedari ris1ko yang bakal dihadapi memandangkan dia bukan lagi muda.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari ini bagaimanapun reda sekiranya dikurniakan anak perempuan buat kali yang ketiga.

"Saya reda saja apa yang Allah nak tentukan. Cuma menjawab soalan anda (wartawan), sudah tentu saya gembira untuk timang anak lelaki. Kalau dapat anak perempuan pun saya terima saja. Kadang-kadang rezeki ini kita tak tahu," katanya.

Untuk makluman, Scha berkahwin dengan pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 11 dan Lyla Amina, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: