"Sekarang ini bulan puasa ada s£mput sikit. Insya-Allah akan sihat. Doakanlah. Saya pun tak dapat puasa penuh. Saya kena makan ubat yang diberikan doktor.
"Saya juga kena jumpa doktor ikut masa yang ditetapkan. Sepanjang Ramadan pun saya banyak berehat," demikian kata penyanyi Ali XPDC, 57, dalam nada tersekat-sekat dan sukar bercakap.
Ketika berkongsi keadaan kesihatan terkininya, Ali yang duduk di kerusi roda itu dilihat telah menerima bantuan rakannya yang berada disebelah yang mengusap-usap dadanya.
Pada Majlis Iftar dan Sumbangan Kepada Artis Hijrah Sempena Ramadan di Masjid Raja Haji Fisabillah, di sini, malam tadi, Ali bersama 14 lagi penggiat seni hadir untuk menerima sumbangan.
Sumbangan terbabut merupakan anjuran DSH Group, Komatra Sajian Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Terdahulu, Ali pernah menerima rawatan di Hospital Cyberjaya akib@t paru-paru berair dan jantung b£ngkak. Bukan itu sahaja, Ali juga pernah dikejarkan ke hospital sama selepas mengalami s£sak nafas.
Ali sebelum ini pernah dimasukkan ke wad kec£masan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akib@t mas@lah s£sak nafas.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment