19 March 2025

PERCAKAPAN MAKIN JELAS, KESIHATAN BAIK - ISMA ALIF RASA BERSYUKUR : "SUDAH BOLEH URUS DIRI SENDIRI, SEBELUM INI SAYA KENA PAKAI LAMPIN & MAKAN MELALUI TIUB..."



"Saya hanya minta sihat dan berharap anak sulung bersama dua cucu dapat balik, itupun saya dah bersyukur sangat memandangkan kebanyakan masa saya hanya bersendirian di rumah sejak ketiadaan mak.
"Bagaimanapun saya bersyukur sudah boleh urus diri sendiri. Sebelum ini saya kena pakai lampin dan makan melalui tiub, tapi sekarang Alhamdulillah dah tidak perlukan semua itu."

Itulah tutur pelakon veteran Isma Alif, 61, yang berharap, terus dikurniakan kesihatan terbaik, selain di jenguk anak dan cucunya pada lebaran nanti.

Dalam pada itu, Isma yang menetap di Kampung Melayu Ampang ini meluahkan rasa syukur apabila percakapannya sudah jelas, walaupun kini berdepan kesukaran untuk bergerak akib@t s£rangan angin ahmar hujung tahun 2023.

Jelas Isma lagi, dia masih merasa kebas pada bahagian kiri tubuh dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang pada April nanti.

Selain perubatan moden, Isma berkata, dia juga cuba rawatan alternatif seperti akupuntur, selain memberitahu, dia kini hanya bergantung kepada wang zakat bernilai RM400 untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

"Alhamdulillah ada juga bantuan wang zakat, walaupun tak banyak tapi sedikit sebanyak ringankan juga beban. Lagipun saya tinggal seorang, tak ada apa yang nak dikejarkan lagi.

"Kadang-kala ada juga rakan-rakan yang menghulur jadi dapatlah tampung sedikit sebanyak. Kalau ada lebih, saya gunakan untuk rawatan akupuntur tapi tak boleh pergi selalu kerana sekali pergi RM90.

"Mujur rumah yang saya diami sekarang dibeli sendiri, ada juga tempat berteduh biarpun kecil," kata Isma yang turut mengakui, sesekali dia masih menerima tawaran berlakon, namun dia terpaksa menolak berikutan keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan.

Disamping itu, Isma memberitahu, dia juga sebolehnya enggan menyusahkan adiknya untuk menjaga aktiviti harian kerana adiknya pun ada keluarga.

"Mana yang mampu buat sendiri setakat masak yang ringkas seperti mi segera atau goreng telur saya boleh buat sendiri," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: