19 March 2025

VERSI BERK£MBAN DAH PADAM - MIMI FLY LANCAR SEMULA VERSI BARU MV 'SERUMPUN'



Pada jam 11.11 pagi tadi, penyanyi Mimi Fly, 39, telah memuat naik video muzik lagu raya 'Serumpun' versi terbaru hasil suntingan semula selepas MV sebelum ini iaitu versi berk£mban diturunkan serta memohon maaf.

Mimi menerusi video dimuat naik di media sosial, mengakui apa yang dilakukan itu adalah satu kekhil@fan, selain bimbang seandainya pendekatan seninya disal@h tafsir serta mengucapkan terima kasih dengan teguran yang diberikan.

"Selepas mendapat teguran daripada mufti dan juga pelbagai pihak, saya ambil maklum serta akur dengan kekhilafan diri dan sudah menurunkan MV 'Serumpun' (versi berkemban) itu.

"Terima kasih kerana memberi teguran, saya mohon jutaan kemaafan. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mohon maaf awal sebelum raya," ujar Mimi yang hormat pada teguran diberikan terhadap MV 'Serumpun' sebelum ini yang dianggap kurang sesuai dipertontonkan.

Klik untuk gambar besar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, yang terus memadam MV 'Serumpun' sebelum ini serta menyifatkan penyanyi itu mempunyai adab yang tinggi.

Terdahulu, MV 'Serumpun' berdepan reaksi negatif daripada pelbagai pihak yang menyifatkan busana digayakan Mimi yang dilihat berk£mban tidak sopan untuk lagu bertemakan hari raya.

Kata Mimi, pakaian klasik Melayu yang mempunyai beberapa elemen seperti Jawa itu digayakan kerana keselesaannya dan pada masa sama terpikat dengan busana tradisi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: