"Alhamdulillah raya Aidilfitri tahun ini, Syamsul akan balik beraya dengan kami sekeluarga dan ini adalah peluang kami raya bersama semula selepas beberapa tahun dia (Syamsul) tidak balik.
"Saya dan Datin (Patimah) sangat bersyukur kerana kami satu keluarga sudah bersatu semula, Insya-Allah. Bahkan, lebih meriah sambutan hari raya apabila semua anak dan cucu berkumpul.
"Apatah lagi, saya pun tahun ini umur dah 70. Jadi, bila ada ruang masa bersama keluarga dengan kegembiraan dan kebahagiaan itu yang diinginkan."
Demikian ujar pengarah juga penerbit, Datuk Yusof Haslam, 70, dimana dia meluahkan rasa syukur serta teruja apabila tahun ini meraikan sambutan Aidilfitri bersama anaknya, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 41, selepas beberapa tahun tidak balik.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Yusof turut bersyukur melihat hubungan Syamsul dan bekas isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 40, masih berbaik walaupun mereka sudah bercerai pada 14 Jun 2023.
Dalam pada itu, Yusof berkata, tidak mengapa sekiranya masing-masing sanggup mengalah dulu dengan memohon maaf demi mencari kedamaian kerana tiada siapa yang rug1 dan keadaan pun tidak menjadi lebih k£ruh.
"Alhamdulillah, pada Ramadan ini kami sekeluarga juga ada berbuka bersama termasuk Puteri Sarah pun hadir. Begitu juga dengan Syamsul dan besan saya yang lain pun ada.
"Jadi, suasana gembira seperti inilah yang saya mahukan walaupun masing-masing sudah bercerai. Tapi, buatlah hubungan yang ada sekarang seperti kawan.
"Jangan bermusvh dengan bekas isteri atau suami. Dunia ini kecil saja, pusing-pusing pun akan jumpa balik. Jadi, ambillah jalan untuk berdamai dan buang eg0 diri," tutur pengarah filem 'Sembilu' ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment