20 March 2025

TAMPIL JELASKAN SITUASI SEBENAR - ISTERI PERTAMA NAFI DAKWAAN DIA & ANAK DESAK, KEPUTUSAN CERAI NORA ARIFFIN DIBUAT ATAS PERTIMBANGAN SUAMI



"Saya memilih untuk berdiam diri selama ini kerana tidak mahu membuka a1b sesiapa dan menjaga maruah suami serta nama baik madu saya. Namun, apabila tersebar dakwaan bahawa saya dan anak memaksa suami menceraikan madu, serta tulisan lama saya digunakan untuk memburvkkan saya, maka saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar."

Itulah madu kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Rose Aliza Sutrisno yang akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas namanya dan keluarga terpalit dalam satu dakwaan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Rose menyatakan bahawa keputusan menceraikan Nora itu dibuat atas pertimbangan suaminya, Rushdi Ramli sendiri, bukan atas desakan dia dan anaknya, Alia.

Jelas Rose lagi, tulisan-tulisan lama yang dimuat naik semula oleh madunya itu sebenarnya adalah luahan em0sinya pada tahun 2019, sewaktu baru mengetahui bahawa suaminya berkahwin secara senyap selama setahun tanpa pengetahuannya.

Klik untuk gambar besar

Pada ketika itu, kata Rose, terdapat seorang individu yang rapat dengan suaminya, (individu itu kini sudah meninggal dunia), merayu agar suaminya menceraikan isteri kedua atas sebab-sebab tertentu.

"Suami akhirnya akur dengan permintaan individu itu dan melafazkan talak di hadapan madu dan anak-anaknya, termasuk arwah Alif. Lafaz itu juga dirakam atas permintaan individu itu. Kejadian berlaku pada tahun 2019. Mal@ngnya, video yang sepatutnya disimpan dimuat naik pada 12 Ogos 2024," tulisnya.

Rose dalam kenyataan itu juga turut menafikan dakwaan bahawa terdapat panggilan telefon daripadanya atau sesiapa selepas solat Subuh yang memaksa suaminya menceraikan isteri kedua, seperti yang tersebar di media sosial.
Madu Nora yang bertugas sebagai pengetua sekolah itu turut men£gaskan bahawa anaknya, Alia, tidak pernah terbabit dalam pemaksaan perceraian itu.

Ujarnya lagi, tulisan anaknya kepada madu pada tahun 2020 memang agak keterlaluan, namun ia ditulis dalam keadaan em0si seorang anak yang kec£wa kerana ayahnya berkahwin lagi tanpa pengetahuan keluarga.

"Alia menyedari kesil@pannya dan memohon maaf secara peribadi kepada madu saya pada September 2020. Namun, tulisan yang sudah lama dipadam itu dikitar semula oleh madu saya pada tahun 2025 dan dibiarkan menjadi bahan sp£kulasi, menc£tuskan pers£psi burvk seolah-olah anak saya seorang yang tidak beradab," katanya.
Sebagai seorang ibu, Rose bert£gas untuk mempertahankan maruah anaknya itu daripada terus dihukvm atas kesil@pan lampau yang sudah dises@li.

Terdahulu, Nora memuat naik hantaran gambar papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan kenyataan mengenai permohonan cerai kepada suaminya, Rushdi Ramli bukan atas kehendak hatinya sendiri.

Nora dalam hantaran terbaharu di media sosial, berkata, keputusan itu dibuat bagi menunaikan hajat isteri pertama suaminya serta desakan daripada anak mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: